Hasil Pembelajaran
Pada akhir unit ini,murid dapat:
- Menghuraikan keperluan berkeluarga.
- Menjelaskan peranan badan kerajaan dan bukan
kerajaan yang berkaitan dengan institusi kekeluargaan.
- Berusaha mengukuhkan institusi kekeluargaan.
- Menjalinkan hubungan erat antara anggota
keluarga.
- Menghargai institusi kekeluargaan.
Unit 3 ^^~ Keperluan Berkeluarga
1)Keluarga didefinisikan sebagai satu
unit yang terdiri daripada sepasang suami isteri yang disatukan melalui ikatan
perkahwinan yang sah dari segi agama,adat resam dan undang-undang.
2)Selain suami isteri,unit keluarga
turut merangkumi anak yang lahir malalui perkahwinan tersebut dan menjadi
permulaan kepada pembentukan keluarga yang lebih besar sebagai penyambung
generasi sebelumnya.
3)Keperluan keluarga terbahagi kepada
tiga aspek iaitu:-
i.Aspek Sosial
- Melahirkan zuriat sebagai penyambung keturunan.
- Memenuhi tuntutan agama.
- Mengelakkan perlakuan zina antara dua orang anggota dalam sesebuah
keluarga.
ii.Aspek Politik
- Menyediakan pemimpin pelapis yang akan mewarisi pentadbiran negara.
- Menyediakan anggota tentera untuk mengekalkan keamanan dan
kestabilan negara.
iii.Aspek Ekonomi
- Menyediakan tenaga kerja untuk keperluan pembangunan negara.
- Menyediakan pengguna untuk menggalakkan perkembangan ekonomi
melalui urusan jual beli.
Imbas Kembali
Maksud Keluarga
Satu unit kecil yang terdiri daripada
sepasang suami isteri yang dihubungkan dengan ikatan perkahwinan yang sah dari
segi agama,adat resam,dan undang-undang.
Keperluan Berkeluarga dalam Aspek:-
Sosial
- Menurut tuntutan agama.
- Mengembangkan zuriat bagi menyambung generasi
dan bagi menyahut dasar kependudukan negara.
- Mententeramkan emosi dan sosial anggota
keluarga.
- Mengelakkan maksiat.
Politik
- Menyediakan pemimpin pelapis yang akan
mewarisi pentadbiran negara.
- Mempertahankan kestabilan dan kedaulatan
negara melalui sistem pertahanan yang jitu.
Ekonomi
- Menyediakan tenaga kerja untuk keperluan
pembangunan negara.
- Menggalakkan perkembangan ekonomi melalui
urusan jual beli antara peniaga dengan pengguna.
No comments:
Post a Comment