Hasil Pembelajaran
Pada akhir unit ini,murid dapat:
- Menerangkan nilai-nilai murni yang terdapat dalam pelbagai agama.
- Menyatakan amalan ajaran agama masing-masing dan pelbagai agama lain di Malaysia.
- Mengamalkan nilai-nilai murni dan amalan ajaran agama masing-masing dalam kehidupan.
- Menghormati nilai-nilai murni dan amalan ajaran pelbagai agama lain.
Unit 6 Prinsip-prinsip Penting Dalam Ajaran Pelbagai Agama
Antara prinsip ajaran dalam pelbagai agama termasuklah:
- mempercayai kewujudan Tuhan.
- menyediakan hukum dan peraturan.
- menekankan konsep ganjaran dan pembalasan terhadap segala perlakuan manusia ketika masih hidup.
- mengangkat martabat dan menyatukan manusia.
- menganjurkan kepercayaan yang rasional,universal,fleksibel,dan praktikal.
Prinsip-prinsip ajaran pelbagai agama amat menekankan nilai-nilai murni yang berkaitan dengan kesopanan,budi bahasa,tatatertib,dan tatasusila bukan sahaja kepada sesama manusia tetapi juga kepada sekalian makhluk ciptaan Tuhan seperti haiwan,tumbuh-tumbuhan,alam sekitar,dan sebagainya.Kesemua nilai ini adalah nilai-nilai sejagat yang dituntut oleh setiap agama,kepercayaan,adat resam,serta kebudayaan masyarakat kita.Antara nilai-nilai murni tersebut termasuklah seperti yang berikut.
Imbas Kembali
Tujuan Beragama
- Untuk memberikan panduan hidup yang sempurna kepada manusia.
Prinsip-prinsip Ajaran dalam Pelbagai Agama
- Mempercayai kewujudan Tuhan.
- Menyediakan hukum dan peraturan.
- Menekankan konsep ganjaran dan pembalasan terhadap segala perlakuan manusia ketika masih hidup.
- Mengangkat martabat dan menyatukan manusia.
Nilai-nilai Murni
- Bertitik tolak daripada prinsip agama.
- Dituntut oleh agama untuk mengamalkannya.
- Antara contohnya termasuklah nilai-nilai amanah,bertanggungjawab,kesederhanaan,toleransi,kesyukuran,dan kasih sayang.
Amalan
- Merupakan perlakuan yang sudah menjadi kebiasaan.
- Ada amalan yang berlandaskan nilai-nilai murni yang dituntut oleh agama.
- Ada amalan yang bertentangan dengan agama.
- Amalan yang selari dengan prinsip agama dan mempunyai nilai-nilai murni yang perlu dikekalkan.
- Amalan yang bertentangan dengan ajaran agama dan nilai-nilai murni perlu ditinggalkan.
Unit 7 Kepentingan Amalan Tertentu Dalam Perayaan Pelbagai Kaum
Hasil Pembelajaran
Pada akhir unit ini,murid dapat:
- Menjelaskan kepentingan amalan-amalan perayaan pelbagai kaum.
- Menyertai sambutan perayaan mengikut kaum masing-masing.
- Melaksanakan amalaan-amalan tertentu semasa sambutan perayaan mengikut kaum masing-masing.
- Menghormati amalan dan sambutan perayaan pelbagai kaum.
Penganut Islam
Hari Raya Aidilfitri
-Menunaikan solat sunat Aidilfitri secara berjemaah sebagai meraikan kemenangan dan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T atas segala nikmat kurniaan-Nya.
-Memuji-muji kebesaran Allah S.W.T dengan bertakbir dan bertahmid sebagai menzahirkan syiar Islam dan mengagungkan Allah S.W.T..
-Bermaaf-maafan dan berkunjung-kunjungan sesama sanak-saudara dan sahabat handai untuk mengeratkan hubungan silaturahim.
Hari Raya Aidiladha
-Menjalankan ibadah korban bertujuan untuk melatih diri supaya mempunyai sikap sanggup berkorban pada jalan kebajikan.
-Bersolat sunat Aidiladha secara berjemaah sebagai tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T..
-Memuji-muji kebesaran Allah S.W.T dengan bertakbir dan bertahmid sebagai menzahirkan syiar Islam dan mengagungkan Allah S.W.T..
Penganut Taoisme/Buddha(dan semua orang Cina)
Tahun Baru Cina
-Mengadakan makan besar pada malam sebelum Tahun Baru Cina agar seluruh anggota dapat berkumpul untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.
-Menziarahi saudara-mara dengan membawa limau mandarin yang melambangkan kegembiraan.
-Melafazkan "Gong Xi Fa Cai" yang bermaksud agar kamu mendapatkan kekayaan dan Selamat Tahun Baru Cina.
-Memberikan angpau kepada kanak-kanak oleh orang yang sudah berkahwin dengan makan kanak-kanak itu diharapkan memperoleh kekayaan dan nasib yang baik pada tahun berkenaan.
-Mengadakan tarian singa-bertujuan untuk menghalau hantu,membawa nasib yang baik,dan memperoleh kekayaan di samping untuk memeriahkan suasana perayaan.
Hari Wesak
-Melepaskan burung merpati sebagai simbol memberikan kebebasan kepada mereka di dalam tawanan.
-Bersedekah dengan memberikan makanan kepad orang miskin dan juga kepada para sami.
Penganut Hindu
Deepavali
-Memasang pelita yang melambangkan kecerahan mengatasi kegelapan,iaitu kebaikan mengatasi kejahatan.
-Mandi minyak "geliga" yang melambangkan penyucian badan.
-Membuat hiasan "kolam" pada pintu masuk rumah bertujuan mengalu-alukan kunjungan Dewi Lakshmi.
Thaipusam
-Menjunjung kavadi bertujuan membayar nazar kerana Tuhan Murugan telah mengabulkan niat mereka.
-Bahan-bahan sembahyang seperti susu lembu,madu,dan air kelapa muda dibawa oleh pembaa kavadi untuk sembahyang khas dan memohon restu dari Tuhan.
Penganut Kristian
Hari Natal/Hari Krismas
-Menjalankan upacara mass atau amalan-amalan suci untuk meraikan kelahiran Jesus Christ.
-Menghias pokok krismas untuk memeriahkan suasana perayaan.
-Memberikan hadiah untuk menimbulkan suasana meriah di samping melahirkan kegembiraan sesama insan.
Good Friday
-Bersembahyang dan membaca gospel.
-Berpuasa.
-Berarak sambil membawa lilin dan salib untuk merperingati peristiwa penyaliban Jesus Christ.
Penganut Kepercayaan Lain
Hari Gawai(kaum Iban)
-Membuat persembahan kepada petara(tuhan) bernam Palng Gana yang menjaga bumi bumi sebagai tanda kesyukuran.
-Menghidangkan makanan kepada anggota keluarga yang lebih tua untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.
-Berkumpul di bilik tuai atau ruai untuk bersuka ria sambil menjamu hidangan dan air tuak.
-Menari tarian ngajat dan mengadakan acara ngajat lesung.
-Mengadakan persembahan kepada semangat padi sebagai tanda kesyukuran.
-Memakai pakaian tradisi dan bersuka ria sepanjang hari untuk meraikan dan memeriahkan pesta menuai.
-Menghidangkan minuman tapai(arak beras).
- Mengadakan pertandingan ratu cantik(unduk ngadau) dan persembahan tarian sumazau.
Perayaan Vaisakhi(Sikh)
-Berkumpul dan memohon restu daripada guru-guru.
-Berkunjung ke Gudwara dan mengadakan perarakan secara meriah.
-Menggantikan bendera suci "nishan Sahib" di Gudwara.
No comments:
Post a Comment