Unit 4 ^^~ Kepekaan Dan Tindakan Terhadap Isu dan Masalah Sosial Dalam Masyarakat
Hasil Pembelajaran
Pada akhir unit ini,murid dapat:
- Mengenal pasti isu dan masalah sosial yang wujud dalam masyarakat.
- Menyenaraikan faktor yang menyebabkan wujudnya isu dan masalah sosial dalam masyarakat.
- Menyenaraikan akibat daripada masalah sosial dalam masyarakat.
- Mengambil tindakan yang wajar untuk menangani isu dan masalah sosial dalam masyarakat.
- Peka terhadap isu dan masalah sosial dalam masyarakat.
Antara isu dan masalah sosial yang sering membelenggu masyarakat kita pada hari ini termasuklah:
- Penyalahgunaan najis dadah
- Kegiatan "mat rempit"
- Pergaulan bebas
- Penderaan
- Vandalisme
- Gengsterisme
- Penyalahgunaan teknologi komputer
Antara sebab berlakunya isu dan masalah sosial tersebut ialah:
- Hubungan kekeluargaan yang semakin longgar.
- Faktor persekitaran.
- Pengaruh rakan sebaya.
- Lunturnya didikan agama.
- Ketidakprihatinan masyarakat sekeliling.
Penyalahgunaan Najis Dadah
Kesan:-
~>Ketagihan~>Keruntuhan akhlak~>Kemudaratan kepada sistem badan dan saraf manusia~>Maut
Akibat Pengaruh Dadah:-
- Kegiatan pengedaran dadah
- Kegiatan "mat rempit"
- Penderaan
- Pembunuhan
- Keganasan
- Rompakan
- Peras ugut
Pergaulan Bebas
Definisi: Pergaulan antara lelaki dengan perempuan secara melampau.
-Penyebab utama berlakunya pergaulan bebas ialah kurangnya kawalan dan bimbingan daripada ibubapa.
Kesan:-
~>Hubungan seks bebas
~>Berpelesiran tanpa batas
Akibat:-
- Rogol
- Pembuangan bayi
- Penularan penyakit HIV dan AIDS
Kes Penderaan
-Mangsa penderaan banyak yang terdiri daripada kalangan kanak-kanak dan wanita.
Jenis penderaan:-
- Penderaan fizikal
- Penderaan seksual
- Penderaan emosi
-Penderaan ini mengakibatkan trauma kepada diri mangsa oleh sebab gangguan emosi dan tiada keyakinan diri untuk meneruskan kehidupan.
Gengsterisme
-Mereka yang terlibat dengan gengsterisme sanggup memukul orang,mengganas,memeras ugut,membuli,dan membunuh.
Penyalahgunaan Teknologi Komputer
-Contoh-contoh penyalahgunaan teknologi komputer:-
- Menyebarkan fitnah.
- Menyampaikan maklumat yang sangat diragui kesahihannya
- Melayari laman web lucah
- Membuat tuduhan yang tidak berasas dengan tujuan menjatuhkan maruah seseorang
Kesan:-
~>Menghuru-harakan sesuatu keadaan~>Memecahbelahkan perpaduan masyarakat~>Mengancam kestabilan negara
Cara Menangani
- Memastikan bahawa diri serta anggota keluarga kita mempunyai jati diri yang kukuh sebagai benteng pertahanan daripada sebarang anasir yang tidak sihat.
- Peranan Keluarga(Ibubapa): Bertanggungjawab mencorakkan jati diri yang anak.
- Peranan Masyarakat(Sekolah-Guru): Sentiasa memantau gerak-geri pelajar,mengambil tindakan disiplin dan memberi kaunseling kepada para pelajar yang melanggar undang-undang.
- Peranan Pemimpin/Pihak Kerajaan: Merangka mekanisme yang lebih berkesan dalam penganjuran sebarang program belia negara yang lebih relevan dengan kehendak dan naluri remaja.
Imbas Kembali
Isu dan Masalah Sosial dalam Masyarakat:-
1.Penyalahgunaan Dadah
- Penggunaan dadah secara berlebihan akan menyebabkan ketagihan.
- Kononnya digunakan sebagai cara melupakan masalah atau untuk kepuasan.
- Penyalahgunaan dadah menyebabkan seseorang itu tidak dapat menumpukan perhatian,mengalami gangguan fikiran,dan cenderung melakukan pelbagai jenayah.
2.Pergaulan Bebas
- Pergaulan lelaki dan perempuan secara melampau batas.
- Perbuatan sumbang yang melibatkan:-Seks bebas,bersekedudukan,perkara yang tidak senonoh dan berkhalwat.
3.Vandalisme
- Tindakan membinasakan atau merosakkan harta benda awam atau harta orang lain.
- Kononnya sebagai cara untuk melepaskan geram.
- Dipengaruhi rakan.
- Kerajaan kerugian harta benda dan kos menyelenggarakannya.
4.Penderaan
- Penderaan terhadap kanak-kanak atau wanita(isteri)
- Ada tiga jenis penderaan yang lazim:-Penderaan fizikal,penderaan seksual dan penderaan emosi.
5.Gengsterisme
- Tindakan ala kongsi gelap atau samseng.
- Pergaduhan dan perbuatan membuli dalam kalangan murid.
- Suasana sekolah dan masyarakat tidak aman.
6.Penyalahgunaan teknologi
- Penyalahgunaan internet adalah penyalahgunaan teknologi yang semakin serius.
- Internet dijadikan saluran untuk menyebarkan fitnah,maklumat palsu,cerita-cerita yang berunsur seks,dan cerita-cerita yang sensasi.
- Tujuan dilakukan adalah untuk mencari kepuasan diri,mencari keuntungan,serta membalas dendam,menjatuhkan maruah individu atau pihak-pihak tertentu.
Unit 5 ^^~ Peraturan Dan Undang-undang Dalam Masyarakat
Hasil Pembelajaran
Pada akhir unit ini,murid dapat:
- Menyenaraikan norma komuniti,peraturan,dan undang-undang dalam masyarakat.
- Menjelaskan peranan norma komuniti,peraturan,dan undang-undang dalam masyarakat.
- Menghuraikan kepentingan mematuhi peraturan dan undang-undang keselamatan jalan raya.
- Menerangkan tujuan undang-undang jenayah juvenil yang digubal.
- Mengamalkan norma komuniti,peraturan,dan undang-undang dalam kehidupan bermasyarakat.
- Menggunakan jalan raya secara berhemah.
- Mematuhi norma komuniti,peraturan,dan undang-undang dalam masyarakat.
No comments:
Post a Comment