Tema 1 ~ Pencapaian Kendiri


Hasil Pembelajaran

Pada akhir unit ini,murid dapat:
  • Menerangkan ciri-ciri wawasan diri.
  • Menghuraikan kepentingan wawasan diri.
  • Mengamalkan usaha yang gigih untuk mencapai wawasan diri.
  • Mempunyai sikap kesungguhan yang tinggi.




Unit 1 ^^~ Wawasan Diri

1)Setiap individu perlu mempunyai wawasan.

2)Wawasan diri bagi seseorang individu merupakan sesuatu pandangan jauh yang berkaitan dengan perkembangan masa depan individu tersebut untuk mencapai matlamat tertentu.

3)Pembentukan wawasan diri secara praktikalnya perlulah didasarkan kepada usaha individu pada masa lalu,pencapaian terkini dan sasaran yang diimpikannya pada masa akan datang.

4)Wawasan diri adalah prasyarat yang mesti diwujudkan oleh setiap individu yang menginginkan kejayaan.

5)Ciri-ciri wawasan diri:-
*Jelas dan mudah difahami.
*Peka terhadap tuntutan dan peluang.
*Asli dan lahir daripada keinsafan diri.
*Semangat dan tekad yang kuat.
*Benar-benar diperlukan.
*Daya dorongan diri yang teguh.

6)Langkah-langkah Mencipta Wawasan Diri

Menggambarkan wawasan diri ~> Menetapkan hala tuju ~> Melakukan perancangan untuk mencapai hala tuju diri ~> Usaha yang cemerlang ~> Sikap yang berwawasan ~> Matlamat Wawasan Diri Tercapai


Imbas Kembali

Wawasan Diri
Bermaksud pandangan jauh yang berkaitan dengan perkembangan masa depan bagi mencapai matlamat penting untuk diri sendiri.

Hala Tuju

Merupakan matlamat hidup dan sesuatu sasaran yang ingin dicapai dalam hidup.Hala tuju yang ditetapkan perlulah seiring dengan minat,nilai diri, dan pencapaian diri.

Merancang Hala Tuju Diri

  • Memilih jurusan yang sesuai semasa di Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima.
  • Mengambil mata pelajaran yang sesuai.
  • Mendapatkan maklumat tentang bidang wawasan diri yang diinginkan.
  • Melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tertinggi di universiti.
Usaha yang Cemerlang
  • Belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan.
  • Mengurus masa dengan baik agar aktiviti yang berfaedah dapat diusahakan untuk menuju matlamat yang ditetapkan.
  • Membuat jadual waktu diri dan mematuhi jadual tersebut dengan berdisiplin.
Sikap yang Berwawasan 
  • Berilmu pengetahuan.
  • Tidak mudah mengalah.
  • Berdaya saing.
  • Berkemahiran tinggi.
  • Dinamik dan proaktif.
  • Berinovatif.
  • Berkongsi ilmu.
  • Beriltizam.
  • Bersemangat patriotisme.
Mencapai Wawasan Diri


Unit 2 ^^~ Perkembangan Diri Yang Seimbang

1)Intelek:

  • Insan yang mempunyai unsur-unsur intelek dapat memberikan tumpuan yang lebih bermakna kepada daya fikirnya.
  • Insan yang berilmu dan cerdas mempunyai daya fikir yang tinggi serta mampu berfikir secara matang dan logik.
  • Ilmu yang dimiliki dapat dimanfaatkan untuk kesejahteraan diri,orang lain,rakan-rakan dan pembangunan masyarakat serta negara.
2)Rohani
  • Insan yang sentiasa menyedari dan menginsafi kewujudan Tuhan serta menghargai dan mensyukuri pemberian-Nya.
  • Membentuk insan yang sentiasa percaya dan berpegang teguh kepada ajaran Tuhan,sentiasa sedar tentang yang betul dan yang salah,berakhlak mulia,serta sentiasa berusaha untuk mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat.
3)Emosi
  • Insan yang baik adalah insan yang mempunyai cinta dan dan kasih sayang serta pandai mengawal serta mengendalikan emosi dirinya ketika sedih,marah,takut,dan sebagainya.
  • Insan yang dapat mengawal emosi dirinya akan bertindak berdasarkan pertimbangan yang wajar.
4)Jasmani
  • Jasmani yang sihat dan cergas membolehkan individu menggunakan tenaga fizikal untuk kepentingan masyarakat dan berusaha meningkatkan daya pengeluaran.
  • Jasmani yang sihat dapat diperolehi dengan melakukan senaman,mengambil makanan yang berkhasiat,dan melakukan pemeriksaan doktor secara berkala.
Imbas Kembali

Intelek: Tumpuan kepada daya fikir;ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan oleh diri,orang lain,dan alam sekitar.

Rohani: Sifat kejiwaan dan kebatinan dengan menyedari dan menginsafi kewujudan Tuhan serta menghargai dan mensyukuri pemberian-Nya;dapat ditingkatkan dengan cara bersembahyang atau beramal ibadat.

Emosi: Perasaan jiwa yang kuat meliputi perasaan tenang,gembira,kasih dan sayang,serta tingkah laku yang terkawal yang mampu mengendalikan emosi.

Jasmani: Perkembangan tubuh badan yang sihat seperti menjaga kesihatan dengan cara beriadah.Apabila jasmani sihat,bakat serta kemahiran teknikal dan manipulatif dapat dikembangkan untuk kebaikan diri dan orang lain.

Perkembangan diri yang seimbang dapat membantu anda:
  • memiliki dan menghayati ilmu pengetahuan;
  • berakhlak mulia;
  • mempunyai kepercayaan dan keyakinan yang teguh kepada Tuhan;
  • mempunyai fikiran dan jiwa yang tenteram;
  • berbudaya penyayang;
  • memiliki tubuh badan yang sihat dan cergas;
  • bekerjasama erat dengan orang lain;
  • memiliki kesedaran dan prihatin tentang tugas dan tanggungjawab;
  • berusaha untuk melaksanakan tuntutan tugas dengan sebaik mungkin;
  • memiliki ketahanan diri untuk menghadapi segala cabaran hidup;
  • berikhtiar sebaik-baiknya untuk mengatasi sebarang masalah.

No comments:

Post a Comment