Tema 2 ~ Hubungan Kekeluargaan



Hasil Pembelajaran
Pada akhir unit ini,murid dapat:
  • Menghuraikan keperluan berkeluarga.
  • Menjelaskan peranan badan kerajaan dan bukan kerajaan yang berkaitan dengan institusi kekeluargaan.
  • Berusaha mengukuhkan institusi kekeluargaan.
  • Menjalinkan hubungan erat antara anggota keluarga.
  • Menghargai institusi kekeluargaan.


Unit 3 ^^~ Keperluan Berkeluarga

1)Keluarga didefinisikan sebagai satu unit yang terdiri daripada sepasang suami isteri yang disatukan melalui ikatan perkahwinan yang sah dari segi agama,adat resam dan undang-undang.

2)Selain suami isteri,unit keluarga turut merangkumi anak yang lahir malalui perkahwinan tersebut dan menjadi permulaan kepada pembentukan keluarga yang lebih besar sebagai penyambung generasi sebelumnya.

3)Keperluan keluarga terbahagi kepada tiga aspek iaitu:-

i.Aspek Sosial
  • Melahirkan zuriat sebagai penyambung keturunan.
  • Memenuhi tuntutan agama.
  • Mengelakkan perlakuan zina antara dua orang anggota dalam sesebuah keluarga.
ii.Aspek Politik
  • Menyediakan pemimpin pelapis yang akan mewarisi pentadbiran negara.
  • Menyediakan anggota tentera untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan negara.
iii.Aspek Ekonomi
  • Menyediakan tenaga kerja untuk keperluan pembangunan negara.
  • Menyediakan pengguna untuk menggalakkan perkembangan ekonomi melalui urusan jual beli.
Imbas Kembali

Maksud Keluarga
Satu unit kecil yang terdiri daripada sepasang suami isteri yang dihubungkan dengan ikatan perkahwinan yang sah dari segi agama,adat resam,dan undang-undang.

Keperluan Berkeluarga dalam Aspek:-

Sosial

  • Menurut tuntutan agama.
  • Mengembangkan zuriat bagi menyambung generasi dan bagi menyahut dasar kependudukan negara.
  • Mententeramkan emosi dan sosial anggota keluarga.
  • Mengelakkan maksiat.
Politik

  • Menyediakan pemimpin pelapis yang akan mewarisi pentadbiran negara.
  • Mempertahankan kestabilan dan kedaulatan negara melalui sistem pertahanan yang jitu.
Ekonomi

  • Menyediakan tenaga kerja untuk keperluan pembangunan negara.
  • Menggalakkan perkembangan ekonomi melalui urusan jual beli antara peniaga dengan pengguna.

No comments:

Post a Comment