Tema 3 ~ Hidup Bermasyarakat



Unit 4 ^^~ Kepekaan Dan Tindakan Terhadap Isu dan Masalah Sosial Dalam Masyarakat

Hasil Pembelajaran

Pada akhir unit ini,murid dapat:

  • Mengenal pasti isu dan masalah sosial yang wujud dalam masyarakat.
  • Menyenaraikan faktor yang menyebabkan wujudnya isu dan masalah sosial dalam masyarakat.
  • Menyenaraikan akibat daripada masalah sosial dalam masyarakat.
  • Mengambil tindakan yang wajar untuk menangani isu dan masalah sosial dalam masyarakat.
  • Peka terhadap isu dan masalah sosial dalam masyarakat.
Antara isu dan masalah sosial yang sering membelenggu masyarakat kita pada hari ini termasuklah: 
  1. Penyalahgunaan najis dadah
  2. Kegiatan "mat rempit"
  3. Pergaulan bebas
  4. Penderaan
  5. Vandalisme
  6. Gengsterisme
  7. Penyalahgunaan teknologi komputer
Antara sebab berlakunya isu dan masalah sosial tersebut ialah:
  • Hubungan kekeluargaan yang semakin longgar.
  • Faktor persekitaran.
  • Pengaruh rakan sebaya.
  • Lunturnya didikan agama.
  • Ketidakprihatinan masyarakat sekeliling.

Penyalahgunaan Najis Dadah

Kesan:-
~>Ketagihan~>Keruntuhan akhlak~>Kemudaratan kepada sistem badan dan saraf manusia~>Maut

Akibat Pengaruh Dadah:-
  • Kegiatan pengedaran dadah
  • Kegiatan "mat rempit"
  • Penderaan
  • Pembunuhan
  • Keganasan
  • Rompakan
  • Peras ugut

Pergaulan Bebas

Definisi: Pergaulan antara lelaki dengan perempuan secara melampau.

-Penyebab utama berlakunya pergaulan bebas ialah kurangnya kawalan dan bimbingan daripada ibubapa.

Kesan:-
~>Hubungan seks bebas
~>Berpelesiran tanpa batas

Akibat:-
  • Rogol
  • Pembuangan bayi
  • Penularan penyakit HIV dan AIDS

Kes Penderaan

-Mangsa penderaan banyak yang terdiri daripada kalangan kanak-kanak dan wanita.

Jenis penderaan:-
  • Penderaan fizikal
  • Penderaan seksual
  • Penderaan emosi
-Penderaan ini mengakibatkan trauma kepada diri mangsa oleh sebab gangguan emosi dan tiada keyakinan diri untuk meneruskan kehidupan.

Gengsterisme

-Mereka yang terlibat dengan gengsterisme sanggup memukul orang,mengganas,memeras ugut,membuli,dan membunuh.


Penyalahgunaan Teknologi Komputer

-Contoh-contoh penyalahgunaan teknologi komputer:-
  • Menyebarkan fitnah.
  • Menyampaikan maklumat yang sangat diragui kesahihannya
  • Melayari laman web lucah
  • Membuat tuduhan yang tidak berasas dengan tujuan menjatuhkan maruah seseorang
Kesan:-
~>Menghuru-harakan sesuatu keadaan~>Memecahbelahkan perpaduan masyarakat~>Mengancam kestabilan negara


Cara Menangani 
  1. Memastikan bahawa diri serta anggota keluarga kita mempunyai jati diri yang kukuh sebagai benteng pertahanan daripada sebarang anasir yang tidak sihat.
  2. Peranan Keluarga(Ibubapa): Bertanggungjawab mencorakkan jati diri yang anak.
  3. Peranan Masyarakat(Sekolah-Guru): Sentiasa memantau gerak-geri pelajar,mengambil tindakan disiplin dan memberi kaunseling kepada para pelajar yang melanggar undang-undang. 
  4. Peranan Pemimpin/Pihak Kerajaan: Merangka mekanisme yang lebih berkesan dalam penganjuran sebarang program belia negara yang lebih relevan dengan kehendak dan naluri remaja.

Imbas Kembali

Isu dan Masalah Sosial dalam Masyarakat:-

1.Penyalahgunaan Dadah
  • Penggunaan dadah secara berlebihan akan menyebabkan ketagihan.
  • Kononnya digunakan sebagai cara melupakan  masalah atau untuk kepuasan.
  • Penyalahgunaan dadah menyebabkan seseorang itu tidak dapat menumpukan perhatian,mengalami gangguan fikiran,dan cenderung melakukan pelbagai jenayah.
2.Pergaulan Bebas
  • Pergaulan lelaki dan perempuan secara melampau batas.
  • Perbuatan sumbang yang melibatkan:-Seks bebas,bersekedudukan,perkara yang tidak senonoh dan berkhalwat.
3.Vandalisme
  • Tindakan membinasakan atau merosakkan harta benda awam atau harta orang lain.
  • Kononnya sebagai cara untuk melepaskan geram.
  • Dipengaruhi rakan.
  • Kerajaan kerugian harta benda dan kos menyelenggarakannya.
4.Penderaan
  • Penderaan terhadap kanak-kanak atau wanita(isteri)
  • Ada tiga jenis penderaan yang lazim:-Penderaan fizikal,penderaan seksual dan penderaan emosi.
5.Gengsterisme
  • Tindakan ala kongsi gelap atau samseng.
  • Pergaduhan dan perbuatan membuli dalam kalangan murid.
  • Suasana sekolah dan masyarakat tidak aman.
6.Penyalahgunaan teknologi
  • Penyalahgunaan internet adalah penyalahgunaan teknologi yang semakin serius.
  • Internet dijadikan saluran untuk menyebarkan fitnah,maklumat palsu,cerita-cerita yang berunsur seks,dan cerita-cerita yang sensasi.
  • Tujuan dilakukan adalah untuk mencari kepuasan diri,mencari keuntungan,serta membalas dendam,menjatuhkan maruah individu atau pihak-pihak tertentu.


Unit 5 ^^~ Peraturan Dan Undang-undang Dalam Masyarakat

Hasil Pembelajaran

Pada akhir unit ini,murid dapat:
  • Menyenaraikan norma komuniti,peraturan,dan undang-undang dalam masyarakat.
  • Menjelaskan peranan norma komuniti,peraturan,dan undang-undang dalam masyarakat.
  • Menghuraikan kepentingan mematuhi peraturan dan undang-undang keselamatan jalan raya.
  • Menerangkan tujuan undang-undang jenayah juvenil yang digubal.
  • Mengamalkan norma komuniti,peraturan,dan undang-undang dalam kehidupan bermasyarakat.
  • Menggunakan jalan raya secara berhemah.
  • Mematuhi norma komuniti,peraturan,dan undang-undang dalam masyarakat.






No comments:

Post a Comment