Tema 4 ~ Warisan Kepelbagaian Budaya Malaysia


Hasil Pembelajaran

Pada akhir unit ini,murid dapat:

  • Menerangkan nilai-nilai murni yang terdapat dalam pelbagai agama.
  • Menyatakan amalan ajaran agama masing-masing dan pelbagai agama lain di Malaysia.
  • Mengamalkan nilai-nilai murni dan amalan ajaran agama masing-masing dalam kehidupan.
  • Menghormati nilai-nilai murni dan amalan ajaran pelbagai agama lain.



Unit 6 Prinsip-prinsip Penting Dalam Ajaran Pelbagai Agama

Antara prinsip ajaran dalam pelbagai agama termasuklah:
  1. mempercayai kewujudan Tuhan.
  2. menyediakan hukum dan peraturan.
  3. menekankan konsep ganjaran dan pembalasan terhadap segala perlakuan manusia ketika masih hidup.
  4. mengangkat martabat dan menyatukan manusia.
  5. menganjurkan kepercayaan yang rasional,universal,fleksibel,dan praktikal.

Prinsip-prinsip ajaran pelbagai agama amat menekankan nilai-nilai murni yang berkaitan dengan kesopanan,budi bahasa,tatatertib,dan tatasusila bukan sahaja kepada sesama manusia tetapi juga kepada sekalian makhluk ciptaan Tuhan seperti haiwan,tumbuh-tumbuhan,alam sekitar,dan sebagainya.Kesemua nilai  ini adalah nilai-nilai sejagat yang dituntut oleh setiap agama,kepercayaan,adat resam,serta kebudayaan masyarakat kita.Antara nilai-nilai murni tersebut termasuklah seperti yang berikut.






Imbas Kembali

Tujuan Beragama
  • Untuk memberikan panduan hidup yang sempurna kepada manusia.
Prinsip-prinsip Ajaran dalam Pelbagai Agama
  • Mempercayai kewujudan Tuhan.
  • Menyediakan hukum dan peraturan.
  • Menekankan konsep ganjaran dan pembalasan terhadap segala perlakuan manusia ketika masih hidup.
  • Mengangkat martabat dan menyatukan manusia.

Nilai-nilai Murni
  • Bertitik tolak daripada prinsip agama.
  • Dituntut oleh agama untuk mengamalkannya.
  • Antara contohnya termasuklah nilai-nilai amanah,bertanggungjawab,kesederhanaan,toleransi,kesyukuran,dan kasih sayang.
Amalan
  • Merupakan perlakuan yang sudah menjadi kebiasaan.
  • Ada amalan yang berlandaskan nilai-nilai murni yang dituntut oleh agama.
  • Ada amalan yang bertentangan dengan agama.
  • Amalan yang selari dengan prinsip agama dan mempunyai nilai-nilai murni yang perlu dikekalkan.
  • Amalan yang bertentangan dengan ajaran agama dan nilai-nilai murni perlu ditinggalkan.





Unit 7 Kepentingan Amalan Tertentu Dalam Perayaan Pelbagai Kaum

Hasil Pembelajaran

Pada akhir unit ini,murid dapat:
  • Menjelaskan kepentingan amalan-amalan perayaan pelbagai kaum.
  • Menyertai sambutan perayaan mengikut kaum masing-masing.
  • Melaksanakan amalaan-amalan tertentu semasa sambutan perayaan mengikut kaum masing-masing.
  • Menghormati amalan dan sambutan perayaan pelbagai kaum.

Penganut Islam

Hari Raya Aidilfitri

-Menunaikan solat sunat Aidilfitri secara berjemaah sebagai meraikan kemenangan dan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T atas segala nikmat kurniaan-Nya.
-Memuji-muji kebesaran Allah S.W.T dengan bertakbir dan bertahmid sebagai menzahirkan syiar Islam dan mengagungkan Allah S.W.T..
-Bermaaf-maafan dan berkunjung-kunjungan sesama sanak-saudara dan sahabat handai untuk mengeratkan hubungan silaturahim.


Hari Raya Aidiladha

-Menjalankan ibadah korban bertujuan untuk melatih diri supaya mempunyai sikap sanggup berkorban pada jalan kebajikan.
-Bersolat sunat Aidiladha secara berjemaah sebagai tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T..
-Memuji-muji kebesaran Allah S.W.T dengan bertakbir dan bertahmid sebagai menzahirkan syiar Islam dan mengagungkan Allah S.W.T..

Penganut Taoisme/Buddha(dan semua orang Cina)

Tahun Baru Cina

-Mengadakan makan besar pada malam sebelum Tahun Baru Cina agar seluruh anggota dapat berkumpul untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.
-Menziarahi saudara-mara dengan membawa limau mandarin yang melambangkan kegembiraan.
-Melafazkan "Gong Xi Fa Cai" yang bermaksud agar kamu mendapatkan kekayaan dan Selamat Tahun Baru Cina.
-Memberikan angpau kepada kanak-kanak  oleh orang yang sudah berkahwin dengan makan kanak-kanak itu diharapkan memperoleh kekayaan dan nasib yang baik pada tahun berkenaan.
-Mengadakan tarian singa-bertujuan untuk menghalau hantu,membawa nasib yang baik,dan memperoleh kekayaan di samping untuk memeriahkan suasana perayaan.

Hari Wesak

-Melepaskan burung merpati sebagai simbol memberikan kebebasan kepada mereka di dalam tawanan.
-Bersedekah dengan memberikan makanan kepad orang miskin dan juga kepada para sami.


Penganut Hindu 


Deepavali

-Memasang pelita yang melambangkan kecerahan mengatasi kegelapan,iaitu kebaikan mengatasi kejahatan.
-Mandi minyak "geliga" yang melambangkan penyucian badan.
-Membuat hiasan "kolam" pada pintu masuk rumah bertujuan mengalu-alukan kunjungan Dewi Lakshmi.

Thaipusam

-Menjunjung kavadi bertujuan membayar nazar kerana Tuhan Murugan telah mengabulkan niat mereka.
-Bahan-bahan sembahyang seperti susu lembu,madu,dan air kelapa muda dibawa oleh pembaa kavadi untuk sembahyang khas dan memohon restu dari Tuhan.

Penganut Kristian

Hari Natal/Hari Krismas

-Menjalankan upacara mass atau amalan-amalan suci untuk meraikan kelahiran Jesus Christ.
-Menghias pokok krismas untuk memeriahkan suasana perayaan.
-Memberikan hadiah untuk menimbulkan suasana meriah di samping melahirkan kegembiraan sesama insan.

Good Friday

-Bersembahyang dan membaca gospel.
-Berpuasa.
-Berarak sambil membawa lilin dan salib untuk merperingati peristiwa penyaliban Jesus Christ.

Penganut Kepercayaan Lain

Hari Gawai(kaum Iban)

-Membuat persembahan kepada petara(tuhan) bernam Palng Gana yang menjaga bumi bumi sebagai tanda kesyukuran.
-Menghidangkan makanan kepada anggota keluarga yang lebih tua untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.
-Berkumpul di bilik tuai atau ruai untuk bersuka ria sambil menjamu hidangan dan air tuak.
-Menari tarian ngajat dan mengadakan acara ngajat lesung.


Tadau Kaamatan atau Pesta Menuai(kaum Kadazandusun)

-Mengadakan persembahan kepada semangat padi sebagai tanda kesyukuran.
-Memakai pakaian tradisi  dan bersuka ria sepanjang hari untuk meraikan dan memeriahkan pesta menuai.
-Menghidangkan minuman tapai(arak beras).
- Mengadakan pertandingan ratu cantik(unduk ngadau) dan persembahan tarian sumazau.


Perayaan Vaisakhi(Sikh)
-Berkumpul dan memohon restu daripada guru-guru.
-Berkunjung ke Gudwara dan mengadakan perarakan secara meriah.
-Menggantikan bendera suci "nishan Sahib" di Gudwara.


Imbas Kembali



No comments:

Post a Comment