Tema 5 ~ Malaysia Negara Berdaulat


Hasil Pembelajaran

Pada akhir unit ini,murid dapat:


  • Menerangkan sejarah pembentukan  Perlembagaan Malaysia.
  • Menghuraikan proses penggubalan Perlembagaan Malaysia.
  • Mengenal pasti kepentingan Perlembagaan Malaysia.
  • Menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara.
  • Menyanjungi keluhuran Perlembagaan Malaysia.



1.Perlembagaan Malaysia adalah undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan kerajaan Malaysia yang ada pada hari ini.

2. Kedudukan perlembagaan adalah lebih tinggi dan mengatasi kekuasaan Yang di- Pertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Mahkamah.

3. Perkara 75 menyatakan mana-mana undang-undang negeri yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan akan terbatal dengan sendirinya.

4. Ciri-ciri Perlembagaan Malaysia:
  • Peraturan atau prinsip asas yang menjadi penentu pentadbiran sesebuah negara.
  • Menentukan pembahagian kuasa dan pelaksanaan kuasa sesebuah pemerintahan.
  • Sumber kepada penggubalan undang-undang negara.

POLITIK
  • ·         menjamin kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik.
  • ·         Menjamin pentadbiran dan pemerintahan yang cekap, adil dan telus.
  • ·         Menjamin kerjasama antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri.
  • ·         Merupakan panduan pemerintahan negeri.
  • ·         Menjamin keselamatan dan keamanan rakyat.

EKONOMI
  • ·         Memastikan wujudnya keadilan sosial antara kaum.
  • ·         Kestabilan politik menjamin perkembangan ekonomi.
  • ·         Kestabilan politik juga menarik kedatangan pelabur luar.

SOSIAL
  • ·         Mewujudkan integrasi yang membentuk negara dan bangsa yang bersatu padu dan taat setia kepada negara.
  • ·         Menjaga dan memelihara hak istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak.
  • ·         Menjamin keselamatan dan keamanan rakyat.


PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIA
·       1.   Perlembagaan Malaysia terbahagi kepada 15 bahagian dengan 183 perkara.

·        2.  Peruntukan utama Perlembagaan Malaysia merangkumi bahasa, agama, kewarganegaraan,hak asasi, kedudukan istimewa Orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.

BAHASA
  • ·         Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.
  • ·         Bahasa Malaysia digunakan untuk maksud dan tujuan rasmi, namun penggunaan bahasa lain tidak ditegah.

AGAMA
  • ·         Agama Islam sebagai agama rasmi negara, namun semua orang bebas mengamalkan dan menganuti agama masing-masing.
  • ·         Raja/Sultan ialah ketua agama Islam.

KEWARGANEGARAAN
  • ·         Mempunyai taraf keanggotaan sesebuah negara.
  • ·         Setiap warganegara mempunyai tanggungjawab dan hak terhadap negara.
  • ·         Tanggungjawab utama warganegara ialah mempertahankan dan menjunjung perlembagaan.

HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA SABAH DAN SARAWAK
  • ·         Tiga perkara menjadi hak keistimewaan utama, iaitu peluang dalam perkhidmatan awam, ekonomi dan pelajaran.
  • ·         Kedudukan istimewa orang Melayu- berhubung dengan tanah rizab.

HAK ASASI
  • ·         Kebebasan beragama- setiap individu bebas mengamalkan agama masing-masing.
  • ·         Kebebasan diri- setiap individu yang tidak bersalah di sisi undang-undang tidak boleh diambil nyawanya, dipaksa kerja, dihukum, dibuang negeri, dihalang bersuara, dilarang berkumpul dan ditegah menubuhkan persatuan.
  • ·         Kebebasan ekonomi- setiap individu bebas menjalankan aktiviti ekonomi selagi tidak bertentangan dengan undang-undang negara.



No comments:

Post a Comment